Geografi Bandar Oklahoma, Oklahoma

Topografi

Bandar Raya Oklahoma mempunyai keluasan sebanyak 620.34 batu persegi (1,606.7 km2).[6] 601.11 batu persegi (1,556.9 km2) daripadanya ialah tanah manakala 19.23 batu persegi (49.8 km2) yang selebihnya ialah air - jasad-jasad air yang diliputi dalam kawasan ini ialah sebuah sungai bernama Sungai Kanada Utara (North Canadian River) atau Sungai Oklahoma (Oklahoma River - dalam batasan lingkungan kota) serta tiga tasik iaitu Tasik Hefner, Tasik Overholser (di kawasan barat laut kota) dan Tasik Stanley Draper (di kawasan tenggara kota).

Bandar raya ini terletak di salah satu koridor utama ke Texas dan Mexico, dan melibatkan pemanduan selama 3 jam dari kawasan metropleks Dallas-Fort Worth.

Iklim dan suhu

Bandar raya ini beriklim subtropika lembap (Pengelasan iklim Köppen: Cfa) di mana ia mengalami musim panas yang lembap serta musim sejuk yang dingin dengan salji yang sederhana. Tiupan angin yang sederhana dari arah selatan dan tenggara negeri mengurangkan kepanasan yang dialami semasa musim panas manakala musim sejuk akan sering menguat dengan adanya angin kuat dari arah utara. Malah, ribut salji dan ribut ais kadangkalanya ada berlaku sewaktu musim sejuk.

Suhu pukul rata bandar raya ini disukat sekitar 61.4 °F (16.3 °C), with the monthly daily average ranging from 39.2 °F (4.0 °C) pada bulan Januari sehingga 83.0 °F (28.3 °C) pada bulan Julai. Suhu paling rendah diukur ialah −17 °F (−27 °C) pada 12 Februari 1899 sewaktu ribut salji yang berlaku pada tahun tersebut manakala suhu tertinggi dicatat ialah 113 °F (45 °C) pada Ogos 11 1936 dan 3 Ogos 2012 (ketika berlakunya suatu gelombang panas pada tahun tersebut).[7] Kerpasan yang ditadah secara bertahunan ialah sebanyak 35.9 inci (91.2 cm) di mana 8.6 inci (21.8 cm) daripadanya ialah salji.